Fesyen Hijab Terkini di Malaysia

3:06:00 PM

بسم الله الرحمن الرحيم

#SponsoredPost





Fesyen hijab merupakan topik yang cukup menarik untuk dibincangkan terutama sekali bagi para wanita yang ingin sentiasa tampil bergaya dengan gaya fesyen Muslimah terkini. Seperti koleksi pakaian yang lain, rekaan hijab juga sering berkembang dari masa ke semasa dan merupakan diantara fashion item yang paling banyak mendapat permintaan yang tinggi. Secara logik, seorang wanita tidak akan mempunyai hanya sehelai tudung dalam koleksi mereka. Oleh kerana itu, mereka sentiasa bereksperimen gaya tudung yang terbaru dan membeli rekaan tudung terbaru yang muncul di pasaran. Well, untuk pengetahuan anda yang ingin mengetahui apakah fesyen hijab terkini di Malaysia buat masa kini, jomm scroll gmbr dibawah dengan tiga jenis :



Yang pertama sekali adalah koleksi shawl! Ia termasuklah satin shawl, crepe shawl, cotton shawl, atau chiffon shawl. Shawl-shawl ini adalah fesyen hijab yang paling lama diminati oleh ramai hijabista kerana ia boleh dipakai dengan pelbagai cara yang unik mengikut kreativiti si pemakai.



Fesyen hijab yang kedua pula adalah rekaan tudung hood yang sememangnya simple dan praktikal. Jenis tudung ini dipopularkan oleh penyanyi no 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza ketika beliau baru mula ingin mengenakan hijab. Sejak daripada itu, pelbagai rekaan hoodie hijab yang boleh ditemui di pasaran.


Dan yang terakhir sekali adalah koleksi instant shawl. Apa yang membezakan koleksi tudung ini dengan koleksi shawl yang biasa adalah daripada segi rekaan. Koleksi instant shawl ini membolehkan anda memakainya tanpa memerlukan sebarang brooch atau pin tudung. Instant Shawl dan Instant Hijab ini memang mudah untuk orang yang nak pegi travel, yang nak rushing, yang sentiasa nak kejar masa and macam macam lahh. Sarung and you’re ready to go. Wa waa waaa , Mudah bukan?

Okay apa apa pun bebaslah berfesyen asal punya taqwa dan menutup aurat serta tidak berlebihan. Assalamualaikum. 

You Might Also Like

0 people comment this entry ^_^