Tudung Terbaru 2016

11:56:00 PM

#SponsoredPost

Assalamualaikum and Hi!

Salam Eidul Adha dan Selamat Hari Malaysia. *yay cuti seminggu!* 

Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan sentiasa harmoni dengan nilai-nilai murni yang terjalin dalam komunitinya. Setiap kaum di Malaysia membawa corak budaya daripada segi pakaian yang berbeza. Malah walaupun Islam adalah agama rasmi, penganut agama lain bebas mempraktikkan ajaran agama mereka. Majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam oleh itu tidak hairanlah jika di mana-mana sahaja anda dapat lihat orang berpakaian baju tradisional seperti baju kurung dan memakai tudung bagi yang wanita.

Kepelbagaian etnik dan agama ini memberi kesan yang cukup significant terhadap dunia industri fesyen tempatan. Fesyen baju Muslimah dilihat sebagai antara yang terbesar dalam pasaran disebabkan oleh permintaan yang cukup tinggi daripada orang ramai. Sebagai contoh, fesyen tudung semakin berkembang daripada segi rekaan dan corak yang lebih moden. Malah kini terdapat banyak jenis tudung yang boleh didapati dengan warna-warna yang pastinya menggoda hati yang melihat.




Antara yang menjadi faktor kenapa trend tudung semakin mendapat perhatian adalah atas penglibatan golongan hijabista. Mereka terdiri daripada wanita Muslim muda yang gemar bergaya dan sentiasa mengikuti berita fesyen yag sedang hangat di pasaran. Muslimah zaman kini semakin bijak dalam berfesyen malah lebih kreatif kerana menggabungkan elemen kontemporari bersama unsur moden untuk mencipta suatu penampilan gaya Muslimah yang lebih segar.




Kalau korang nak cari video tutorial cara memakai tudung dengan stail yang berbeza layari sahaja internet. Di laman social seperti Youtube terdapat banyak video yang dimuatnaik oleh fashion blogger mengajar cara-cara mengenakan fesyen tudung yang berbeza. Google sahaja dan pastinya memberikan anda sedikit inspirasi dalam penggayaan tudung yang sesuai.

Beli tudung terbaru wanita online secara atas talian di website online shopping Malaysia ataupun butik fesyen Muslimah online. Mereka menawarkan koleksi tudung dengan pelbagai fesyen dan stail yang berbeza. Malah ada sesetengahnya daripada jenama terkemuka namun dengan harga yang cukup menarik!

You Might Also Like

0 COMMENTS