­

DOSA

4:30:00 PM


بسم الله الرحمن الرحيم


Semua orang tak lari dari dosa sebab kita manusia biasa. 


Malahan apabila kita sedar kita melakukan dosa sesungguhnya kita harus bersyukur  kerana hati kita masih belum gelap mahupun hitam. Allah masih memberi kita petunjuk.- petikan dari buku 'Sebelum Aku Bernikah'  by Hilal Asyraf. *ayat dia lebih kurang cemnilaah , editted*


A- Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian merasa dirinya bersalah lebih baik dari mereka yang beramal soleh kemudian merasa dirinya suci bersih.
B-Yang terbaik di antara keduanya ialah mereka yang beramal soleh, kemudian merasa dirinya lemah tidak berdaya kecuali dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah semata. Mereka juga sentiasa beristighfar dari dosa yang disedari mahupun tidak disedari.
C-Tatkala terdetik rasa bersalah dan menyesal dalam diri yang telah melakukan dosa, di sana Allah sedang memandangmu dengan penuh kasihan belas dan kasih sayang.
D-Rasa menyesal itu merupakan taufik dari Allah agar dirimu tidak meninggalkanNya jauh dan semakin jauh.
E-Rasa bersalah yang menghantui itu pula merupakan dorongan dari Allah agar segera bertaubat kepadaNya.
F-Syaitan amat takut pada setiap hamba yang menyedari kesalahannya. Iblis tidak mahu manusia bertaubat dari perbuatan salah yang pernah dilakukan. Iblis tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada setiap dosa-dosa kecuali dosa syirik.
SUMBER : HERE

وَاَنِيْبُوْۤا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ‏

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. Ayat 54


Wallahu Ta'ala 'Alam

You Might Also Like

0 COMMENTS