PROJEK IQRA' : JOM JADI VOLUNTEER UNTUK PROGRAM 2014

2:36:00 PM

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Happy Saturday people! Hoping everyone having a great weekend.Sapa minat join volunteer ? okay bolee join #ProjekIqra'. sebab macam2 diorang akan buad program especially untuk tahun 2014 yang mana perlukan ramai volunteer, kalau tak dapat nak sumbang dari segi material pun, dari segi tenaga pun dah cukup kann * the least we can do*



Sebelum tuu , Projek Iqra' ni mendaa apaa ? bukan yang mengaji tu *k tak lawak* .

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.


Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.
Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 











JOM TONTON VIDEO UNTUK PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN PADA 2014

         



SO MACAM MANA NAK JOIN ?









You Might Also Like

1 COMMENTS

  1. semuga projek yg dijalankan kerana Allah ini berjaya.... semuga dipermudahkan

    ReplyDelete