PART I - TEMUDUGA PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41 (PAC)

4:58:00 PM

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah terpilih untuk join Program Pra Penilaian Temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam,  tapi dapat surat mmg agak last minit which is seminggu sebelum pra temuduga. dalam surat tu just maklum kena bawak pakaian sukan and ada ujian kecergasan macamtu, yang lain semua tak dimaklumkan. so plan macam nak jugak lari bersenam semua tapi mana sempaaaaat, the whole weekdays kerja. Itupun setiap malam bila bukak buku (read : all the kitab-kitab, handnotes daripada lecturer) ja mengantuk :'( sebab balik kerja pun almost dah malam.

AKTIVITI UTAMA PAC :


1. UJIAN KECERGASAN DAN FIZIKAL
2. UJIAN PSIKOLOGI  
3. PENYELESAIAN MASALAH
4.HAL MASHAKIL ( fully conducted in arabic )
5. KAJIAN KES ( versi bahasa melayu)
6.IMTIHAN SYAFAWI (in arabic)
7. KITABAH AMMAH (in arabic)
8.PENGUCAPAN AWAM (in malay)


so untuk PART I ni nak cerita UJIAN KECERGASAN dan FIZIKAL :

Basically PAC (Program Assestment Centre) ni 3 hari and semua diwajibkan menginap di INTAN Sg. Petani. Seriuosly satu nak puji tempat dia bersih ya amat, plus INTAN adalah satu tempat yang mengamalkan sistem 5S. tip toppp sangat bersih dia. waktu dengar 
tempat ni, bayang macam duduk asrama dekat hostel macam tu sekali sampai ejuk hati tengok bilik dia, best cantik pulak! so after dah settle pendaftaran , dapat kunci bilik, dapat no siri masing-masing, dah settle ambik gambar by group then kiterang kena masuk bilik simpan semua barang (read : handphone tidak dibenarkamn sepanjang program), terus ke dewan untuk aktiviti UJIAN KECERGASAN DAN FIZIKAL ni dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan. *okay seram*. Tapi apa pun PAC ni memang best sepanjang 3 hari ni alhamdulillah banyak input ilmu baru yang dapat.



ada meja study (sempat laa jugak guna sampai pukul 3 pagi duk prepare pengucapan awam esoknya), aircond, tempat sidai baju dekat luar, ada almari baju (memang besar), tv (xsempat tengok pun sobss), heater, cawan, rak kasut, sabun, shampoo, penyangkut baju , towel, extra pillow  iron and iron board tak silap ada jugak. memang perfect! satu bilik 2 orang. my roommate ex ukm.


ni pandangan dari balcony bilik gituuu.



ADA 4 benda yang kena buat :

1. Timbang berat badan dan ukur ketinggian

so yang ini tak perlu cerita kot sebab biasa laa timbang and ukur ketinggian, nanti ada pegawai akan isi berat dan tinggi kita dalam borang masing-masing.

2. Ujian genggaman tangan.

ada satu alat, then kita kena pegang and genggam sekuat hati dan tarik, ada bacaan dekat alat tu, makin kuat kita genggam and tarik so makin tinggi laa point kita. basically ada 2 kali try, yang mana bacaan paling tinggi yang tu la akan dikira. time ni sebenarnya ada pilihan sama ada nak guna tangan kanan or kiri. sebenarnya time tu jari tgn kanan baru je lepas gam (sepatutnya kena jahit tapi beriya bagitau doktor nak gam ja taknak jahit), so memang tak score la jawabnya. Nampak orang buat macam senang ja, tapi bila dah try baru tau macam mana susah, so score time 20++ ja. dedua kali dedua kali score yang sama.

3. Ujian kekuatan tangan *ni tak igt nama, main letak je*

yang ni kita kena duduk dan lunjur kaki ke hadapan sambil ada alat apa entah kita kena tolak alat tersebut sekuat hatimenggunakan kedua tangan , so makin jauh alat yang kita tolak tu pergi makan score pun makin tinggi.

4. Tekan tubi.

so normally tekan tubi dari zaman sekolah kan, lepastu zaman training SLIM pun ada juga buat benda ni, tapi kali ni punya tekan tubi lain sikit. takda dah kawan yang akan pegang kaki kita, basically time kita buat tekan tubi, sambil bangun tangan kita kena touch garisan yang dia dah buat, so untuk seminit berapa kali kita boleh buat tekan tubi. I score 12 kali je kot seminit. *too bad*

5. Lari Ulang Alik 20meter

yang ni paling best, lari lari memang suka sebenarnya haha.  so macam mana lari ulang alik 20 meter ni? basically time ni dalam satu line, ada 8 orang macamtu kot, kitorang kena lari sepanjang 20meter then ulang alik, tapi dia ada masa tauuuu. waktu semakin laju, maksudnya korang lari dari slow ke laju macamtu, yang mana tak smpai pada masa automatik kena keluar. ada sekali amaran * first warning * if kali kedua buat lagi terus keluar haha. I lettew orang kena pusing sampai kon, i tak sampai kon dah patah balik so memang kena first warning laa. tapi okay laa glad to be among top 3 yang last haha.

dia punya kiraan macam ni :

Level 1 -1
Level 1 -2
Level 1 - 3 until 10
Level 2 - 1
Level 2 -2.......
sampai laa 
Level 10-10

so semua sekali ada 10 level kalau tak silap.


maka berkahirlah ujian kecergasan pada hari tersebut.

the second day pulak kitorang ada main Bola Baling ke Bola Jaring entah. tapi yang pasti memang enjoy sebab dah lama tak main and tak pandai main pun tapi bila main jelah siap WD  ke GD entah.

normally setiap hari ada senaman. and ada lompat bintang kot. baru perasan sebenarnya lompat bintang ni dekat mana-man pun famous eh? sebab time training SL1M dulu almost everyday kena lompat bintang, sekali dekat sini pun ada. tapi nasib time pegi interview Pegawai Kadet Graduan ATM dulu takda lompat bintang, tapi kawad dengan pakai baju kurung hmm, kenangan sangat.

so korang if ada pengalaman pegi PAC untuk mana- mana jawatan, please share la dekat sini :)

You Might Also Like

0 people comment this entry ^_^