LALAI
3:24:00 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Salamualaykum and Hi!
Its Friday already, May Allah shower us with His Blessing, Ameeen!
just wanna share with you guys a good video about lalai since i bet majority in here tgh cuti having yr semester break while doing nothing.
Ramai di antara kita yang sudah dipilih oleh Allah untuk solat pada awal waktu, tetapi belenggu nafsu dan bisikan syaitan mendorong kita untuk menangguhkan seruan yang Maha Agung. Kita seringkali lalai dengan hiburan dan keseronokan dunia yang sementara.
Petikan daripada novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha Mohd Noordin:
"Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah SWT untuk terus lalai dan jauh dari-Nya, sebagaiman ingatan Allah dalam Al-A'raf(17): ayat 179 yang bermaksud:
"dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai...'
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda:'Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.'
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang-jarang je. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah-Nya itu. Taufiq dari-Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,"
Via blog: http://aisyahshakirah.blogspot.com
LETS WATCH THIS!
#NoteToMySelf
1 COMMENTS
=)
ReplyDelete